For English version, kindly use the translation tool in your web browser.

Minecraft Education Challenge 2025
Minecraft Education Challenge 2025
  • MEC 2026
  • Jadual Sesi
  • Pembelian Lesen Minecraft
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Soalan Lazim
    • Video Tutorial Minecraft
    • Surat Rasmi Pertandingan
  • MEC (Archived)
    • MEC 2025
    • MEC 2024
    • MEC 2023

Tarikh Pertandingan: 1 APRIL 2026 - 1 MEI 2026

Tarikh Pelancaran dan Taklimat Rasmi

1 April 2026 (RABU) | 2.30 PM

00

DaysDays

00

HrsHours

00

MinsMinutes

00

SecsSeconds

Pautan Sesi Taklimat Rasmi

Tarikh Perlancaran dan Taklimat Rasmi

1 April 2026 (RABU) | 2.30 PM

Pautan Sesi Taklimat Rasmi

Tema Pertandingan

Visit Malaysia 2026: 

Explore Malaysia States, Sustain Our Future


Sejajar dengan Visit Malaysia 2026, Minecraft Education Challenge menjemput murid dari seluruh Malaysia untuk mereka dunia Minecraft yang imersif bukan sahaja untuk mempromosikan pelancongan, malah untuk menonjolkan bagaimana budaya, komuniti dan alam sekitar boleh dipelihara demi masa depan yang lestari.


Murid perlu pilih satu (1) negeri di Malaysia sebagai topik, menggunakan Minecraft Education untuk membina dan mempamerkan negeri tersebut, dengan berkongsi budaya, tarikan pelancongan dan cara hidup tempatan, sambil menambah kreativiti serta idea sendiri tentang bagaimana negeri tersebut boleh dipelihara dan dilestarikan untuk masa depan melalui penerapan elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) - SDGs (Sustainable Development Goals).


Cabaran ini menggalakkan pelajar berfikir secara global, bertindak secara bertanggungjawab dan berkongsi identiti tempatan mereka dengan penuh rasa bangga kepada dunia.


Kriteria Penilaian Pertandingan

  • Persembahan Video - 20%
  • Kesesuaian Tema - 30%
  • Unsur pengaturcaraan - 20%
  • Keaslian idea - 10%
  • Laporan akhir - 20%

Tentang Minecraft Education Challenge

Minecraft Education Challenge (MEC) merupakan program kebangsaan tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersamaan dengan Microsoft Malaysia yang menggunakan platform Minecraft Education sebagai medium pembelajaran berasaskan projek, di mana pelajar membina dunia digital secara kreatif untuk menyampaikan idea, penceritaan dan pemahaman mereka terhadap sesuatu tema.


Antara objektif program ini adalah:


  • Menyediakan murid berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah menggunakan coding atau kod arahan dalam bahasa pengaturcaraan
  • Mencungkil bakat dan memberi kebebasan kepada murid untuk bereksperimen dengan mendorong eksperi kendiri kreatif dan penyelesaian masalah
  • Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, mereka bentuk dan menghasilkan bahan pengekodan, menggalakkan persaingan sihat 
  • Memberi pengalaman dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif serta unik.

KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan Minecraft Education Challenge 2026 adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah (sekolah KPM dan bukan KPM), warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun. Pertandingan ini hanya untuk penyertaan secara perseorangan sahaja.


  • Kategori Sekolah KPM (semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)


  • Kategori Sekolah Bukan KPM (Sekolah Iqra Muslim, MRSM, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah lain yang bukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

Kategori Sekolah KPM

Kategori Sekolah Bukan KPM

Kategori Sekolah Bukan KPM

  • Sekolah Rendah Tahap 1 (Tahun 1-3)
  • Sekolah Rendah Tahap 2 (Tahun 4-6)
  • Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
  • Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
  • Sekolah Pendidikan Khas Rendah
  • Sekolah Pendidikan Khas Menengah

Borang dan Maklumat Lanjut Penyertaan

Kategori Sekolah Bukan KPM

Kategori Sekolah Bukan KPM

Kategori Sekolah Bukan KPM

  • Sekolah Rendah  (Tahun 1-6)
  • Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)





Borang dan Maklumat Lanjut Penyertaan

Rakan Kerjasama MEC 2026

Mengenai Malaysian Yoghurt Company

Malaysian Yoghurt Company adalah sebuah syarikat tempatan Malaysia yang menghasilkan yoghurt dan produk tenusu untuk dinikmati oleh seisi keluarga di seluruh negara.


Salah satu produk mereka, Sunglo Squeeze, direka dalam bentuk yang mudah dinikmati dan sesuai untuk gaya hidup aktif kanak‑kanak dan remaja. Syarikat ini percaya bahawa pemilihan makanan yang sihat membantu menyokong tumbesaran, tenaga harian, dan kesejahteraan pelajar. 


Melalui sokongannya terhadap Minecraft Education Challenge 2026, Malaysian Yoghurt Company ingin meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan kesihatan dan kesejahteraan, serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang dan kehidupan yang aktif. Kerjasama ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong pendidikan, komuniti, dan masa depan yang lebih sihat untuk generasi muda Malaysia.

Jom sertai dan Menang !

Sebagai sebahagian daripada Minecraft Education Challenge 2026, para pelajar dijemput untuk menyertai Sunglo Squeeze Digital Reflection Challenge.


Pelajar boleh berkongsi pandangan dan pembelajaran tentang pemakanan sihat dan kesejahteraan selepas mencuba yoghurt Sunglo Squeeze dengan melengkapkan soal selidik dalam talian yang ringkas. 


10 orang pelajar bertuah akan dipilih untuk memenangi set LEGO Minecraft setiap seorang! Penyertaan adalah secara sukarela.

Maklumat Lanjut

Pihak-pihak Penganjur MEC 2026

Copyright © 2026 Minecraft Education CHALLENGE - All Rights Reserved.

Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept

Menangi LEGO MINECRAFT dengan Sunglo Squeeze!


Minecraft Education Challenge 2026 dengan bangganya disokong oleh Malaysian Yoghurt Company melalui produk Sunglo Squeeze, mempromosikan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam kalangan pelajar.


Sertailah Sunglo Squeeze Digital Reflection Challenge untuk mengisi soal selidik ringkas selepas mencuba yoghurt Sunglo Squeeze bagi peluang memenangi set LEGO Minecraft !

Maklumat Lanjut