For English version, kindly use the translation tool in your web browser.
Lesen Minecraft Education boleh dibeli melalui borang pembelian yang disediakan. Semua pembelian lesen Minecraft Education mesti diperuntukkan melalui ID DELIMa (xxx@moe-dl.edu.my).
Harga Lesen: RM23 + 8% SST = RM24.84
Durasi: 1 tahun
Sempena Minecraft Education Challenge 2025, proses peruntukan lesen Minecraft Education akan dibuat setiap minggu pada hari Jumaat bermula 1 Jun 2025. Cutoff time adalah pada setiap hari Khamis, pukul 6pm.
Murid dan guru dari sekolah bukan KPM yang ingin membuat pembelian lesen Minecraft Education boleh hubungi kami untuk prosedur teknikal sebelum peruntukan lesen boleh dibuat.
Pembelian lesen untuk pengguna individu boleh dijalankan oleh pihak ibu bapa / guru sekolah. Setiap penyerahan adalah untuk pembelian satu lesen sahaja.
Sila pastikan anda mempunyai ID DELIMa murid dan kata laluan untuk log masuk ke dalam borang pembelian.
Pembelian lesen secara pukal untuk sekumpulan pengguna hanya boleh dijalankan oleh guru sekolah. Sila muat turun TEMPLAT SENARAI MURID sebelum mengisi borang.
Proses peruntukan lesen untuk pembelian secara pukal mungkin mengambil masa yang lebih lama sekiranya kuantiti adalah besar.
"You don't have permission to view or respond to this form"?
Sila right-click untuk salin pautan borang pembelian dan buka di pelayar peribadi (private browser) jika anda terima mesej ralat selepas klik borang di atas.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.
Tarikh penghantaran Minecraft Education Challenge 2025 kini telah dilanjutkan sehingga 28 JULAI 2025, jam 11.59 malam.