For English version, kindly use the translation tool in your web browser.

  • MEC 2025
  • Pembelian Lesen Minecraft
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Soalan Lazim 2025
  • Sumber Rujukan
    • Video Tutorial Minecraft
    • Surat Rasmi Pertandingan
    • Poster Pertandingan
  • MEC 2023 / 2024
    • MEC 2023
    • Keputusan MEC 2023
    • MEC 2024
    • Keputusan MEC 2024
  • More
    • MEC 2025
    • Pembelian Lesen Minecraft
    • Bantuan
      • Hubungi Kami
      • Soalan Lazim 2025
    • Sumber Rujukan
      • Video Tutorial Minecraft
      • Surat Rasmi Pertandingan
      • Poster Pertandingan
    • MEC 2023 / 2024
      • MEC 2023
      • Keputusan MEC 2023
      • MEC 2024
      • Keputusan MEC 2024
  • MEC 2025
  • Pembelian Lesen Minecraft
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Soalan Lazim 2025
  • Sumber Rujukan
    • Video Tutorial Minecraft
    • Surat Rasmi Pertandingan
    • Poster Pertandingan
  • MEC 2023 / 2024
    • MEC 2023
    • Keputusan MEC 2023
    • MEC 2024
    • Keputusan MEC 2024

Minecraft Education Challenge 2023

KATEGORI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE TAHUN 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN 


  1. Minecraft Education Challenge Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan terbuka kepada semua murid sekolah di bawah pentadbiran KPM. 
  2. Tema Minecraft Education Challenge Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan ialah Pusat Membeli-belah Lestari Futuristik.
  3. Sustainable Development Goals (SDG) yang disyorkan untuk digunakan adalah SDG 1, 2, 3, 4, 6, 7, 12, 13, 14 dan 15. Tiada penetapan bilangan SDG yang perlu digunakan
  4. Murid wajib menggunakan ID DELIMa murid  (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my) untuk muat naik laporan akhir di Google Drive dan mengisi borang penyertaan pertandingan. Sila rujuk laman web rasmi pertandingan bagi mendapatkan Templat Laporan Akhir tersebut.
  5. Murid dibenarkan untuk menggunakan ID DELIMa Microsoft (contoh: m-XXXXXXXX@putrajaya.moe-dl.edu.my) atau ID peribadi murid bagi penghasilan projek dalam Minecraft Education Challenge Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan 
  6. Murid wajib menyediakan video penerangan projek menggunakan BAHASA MELAYU sahaja berdurasi 3 minit dan muat naik video tersebut di Microsoft Flip. Video boleh dihasilkan menggunakan apa-apa perisian pengeditan video sebelum dimuat naik ke Microsoft Flip atau murid terus menggunakan Microsoft Flip untuk menyediakan video penerangan.  Murid boleh menggunakan ID DELIMa Microsoft  (contoh: m-XXXXXXXX@[negeri].moe-dl.edu.my) atau ID peribadi untuk memuat naik video penerangan di Microsoft Flip, dan kongsikan pautan dengan tetapan  "Anyone with the link can join".
  7. Murid wajib menjawab semua soalan dalam templat laporan akhir, memuat naik laporan akhir dalam bentuk PDF ke dalam Google Drive dengan menggunakan ID DELIMa (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my) dan kongsikan pautan dengan tetapan “anyone with the link” beserta peranan “viewer”. Laporan akhir mesti dijawab dalam Bahasa Melayu.
  8. Seorang murid hanya dibenarkan untuk menghantar SATU (1) penyertaan sahaja. Manakala seorang guru boleh menjadi pembimbing kepada lebih daripada seorang murid.
  9. Murid-murid WAJIB & hanya dibenarkan menggunakan versi Minecraft Education sahaja. Selain daripada versi Minecraft Education, penyertaan tidak akan diterima. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Portal DELIMa atau di laman web https:/education.minecraft.net/get-started/ 
  10. Tempoh pertandingan adalah sehingga 28 Julai 2023 (kini dilanjutkan sehingga 25 Ogos 2023).
  11. Sebarang perubahan peraturan & undang-undang pertandingan ini adalah hak mutlak pihak penganjur pertandingan.
  12. Jika terdapat sebarang persoalan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan (BSTP) - KPM iaitu Rabbiatul Najua binti Rosman di talian 03-20818179 atau pegawai JPN Putrajaya di talian 03-88721624
  13. Peserta yang BERJAYA SAHAJA yang akan dihubungi.
  14. Keputusan panel penilaian adalah MUKTAMAD.

Panduan Penghantaran Minecraft Education Challenge

Sila baca panduan penghantaran untuk memahami process bagi menyediakan bahan yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam Minecraft Education Challenge.

Panduan Penghantaran

Templat Laporan Akhir

Templat Laporan Akhir (pptx)

Download
Tekan sini untuk mengisikan borang penyertaan

Copyright © 2025 Minecraft Education CHALLENGE - All Rights Reserved.

Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept