For English version, kindly use the translation tool in your web browser.

Minecraft Education Challenge 2025
Minecraft Education Challenge 2025
  • MEC 2026
  • Jadual Sesi
  • Pembelian Lesen Minecraft
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Soalan Lazim
    • Video Tutorial Minecraft
    • Surat Rasmi Pertandingan
  • MEC (Archived)
    • MEC 2025
    • MEC 2024
    • MEC 2023

KATEGORI SEKOLAH KPM

Panduan dan Cara Penghantaran

Langkah Pertama

Sediakan ciptaan dunia Minecraft dengan menggunakan dunia Block of Grass anda berdasarkan tema tahun ini melalui Minecraft Education sahaja.  


Langkah Kedua

Hasilkan video penerangan yang tidak melebihi 3 minit. Apabila siap, muat naik video (dalam format mp4 sahaja) ke dalam Google Drive dengan menggunakan ID DELIMa murid (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my).


Langkah Ketiga

Muat turun templat Laporan Akhir (Final Report) dan menjawab semua soalan dalam laporan tersebut. Simpankan laporan akhir dalam bentuk PDF. 


Dapatkan Templat Laporan Akhir (Final Report) di sini


Langkah Keempat

Dalam aplikasi Google Drive, muat naik fail video penerangan (dalam langkah kedua) dan fail laporan akhir (dalam langkah ketiga) ke dalam satu folder dengan menggunakan ID DELIMa murid  (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my). 


Setiap peserta perlu memuat naik fail secara individu dengan bantuan guru pembimbing. Kemudian, kongsikan pautan folder dengan tetapan “anyone with the link” beserta peranan “viewer”. Pautan ini diperlukan semasa mengisi borang penyertaan nanti. 


Video dan Laporan Akhir yang tidak menepati tetapan seperti yang dinyatakan AKAN DIBATALKAN. Mohon bantuan guru pembimbing/ibu bapa untuk menyemak projek sebelum penghantaran dibuat.   


Langkah Akhir

Isikan borang penyertaan mengikut kategori anda. Pastikan borang dan kategori yang dipilih adalah tepat.  Anda akan diminta untuk mengisi pautan folder Google Drive (dalam langkah keempat). Borang yang lengkap kemudian boleh dihantar dengan menekan butang "Submit".  


Penyertaan tanpa Video atau Laporan Akhir TIDAK AKAN DITERIMA DAN AKAN DIBATALKAN.   



Templat Laporan Akhir (Kategori Sekolah KPM)

Muat turun templat laporan berdasarkan bahasa pilihan anda, jawab semua soalan dalam laporan dan simpan dalam bentuk PDF.

Templat berikut adalah untuk kategori Sekolah KPM sahaja.

Templat Bahasa Malaysia (pptx)

Download

English template (pptx)

Download

Borang Penyertaan 2026 - KATEGORI SEKOLAH KPM

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN (Kategori Sekolah KPM)


  1. Minecraft Education Challenge Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah KPM warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun.
  2. Tema Minecraft Education Challenge Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan ialah Visit Malaysia 2026: Explore Malaysia States, Sustain Our Future.
  3. Murid perlu menyediakan ciptaan dunia Minecraft dengan menggunakan dunia Block of Grass berdasarkan tema pertandingan dengan menggunakan edisi Minecraft Education sahaja. Selain daripada versi Minecraft Education, penyertaan tidak akan diterima. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Portal DELIMa atau di laman web https:/education.minecraft.net/get-started/ 
  4. Murid hanya boleh pilih satu (1) negeri di Malaysia sebagai topik dan mempamerkan negeri tersebut, dengan berkongsi budaya, tarikan pelancongan dan cara hidup tempatan, sambil menambah kreativiti serta idea sendiri tentang bagaimana negeri tersebut boleh dipelihara dan dilestarikan untuk masa depan melalui penerapan elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Tiada penetapan bilangan SDGs (Sustainable Development Goals) yang perlu digunakan. 
  5. Peserta perlu menyertai semua bengkel dalam talian mengikut kategori yang disediakan oleh pihak penganjur secara live / rakaman. Maklumat bengkel dalam talian ini telah dihebahkan melalui surat rasmi dan boleh dijumpai di laman rasmi MEC: https://mcedumy.com/jadual-sesi
  6. Murid WAJIB menggunakan ID DELIMa murid (contoh: m-XXXXXXXX @moe-dl.edu.my ) untuk mengisi borang penyertaan pertandingan.  
  7. Murid dikehendaki  menyediakan video penerangan projek menggunakan BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS (pilih salah satu medium Bahasa sahaja.)  
  8. Video penerangan projek dan laporan hendaklah menggunakan salah satu bahasa yang telah dipilih sahaja. 
  9. Durasi video penerangan tidak melebihi 3 minit dalam FORMAT MP4 SAHAJA dan muat naik video tersebut di dalam Google Drive. Video boleh dihasilkan menggunakan apa-apa perisian pengeditan video sebelum dimuat naik ke Google Drive. 
  10. Murid wajib muat turun templat Laporan Akhir yang diberikan dalam bahagian Panduan Penghantaran dan menjawab semua soalan dalam templat laporan akhir dan simpan laporan akhir dalam bentuk PDF. 
  11. Murid perlu masukkan fail video penerangan (MP4) dan fail laporan akhir (pdf) di dalam satu folder yang sama di dalam Google Drive ID DELIMa murid / guru . Kongsikan pautan folder di dalam borang penyertaan. Sila pastikan pautan folder dikongsikan dengan tetapan “anyone with the link” beserta peranan  “viewer”. 
  12. Seorang murid hanya  dibenarkan untuk menghantar SATU  (1) penyertaan sahaja.  Seorang guru daripada sekolah yang sama boleh menjadi guru pembimbing kepada lebih daripada seorang murid.
  13. Tempoh penyerahan pertandingan adalah sehingga 7 Mei 2026 (Khamis), pukul 11.59 malam.
  14. Kegagalan peserta menepati terma & syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan ditolak secara automatik.
  15. Jika terdapat sebarang persoalan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan (BSTP) - KPM iaitu Rabbiatul Najua binti Rosman menerusi emel rabbiatul_najua@moe.gov.my atau melalui telegram group Minecraft Kebangsaan.
  16. Peserta yang BERJAYA SAHAJA yang akan dihubungi.
  17. Keputusan panel penilaian adalah MUKTAMAD.

Tarikh Tutup Pertandingan:

7 Mei 2026 (Khamis),  pukul 11.59pm

Borang Penyertaan Kategori Sekolah KPM

HADIAH Pertandingan

Senarai Hadiah Kategori Sekolah Rendah

Sekolah Rendah Tahap 1 (Tahun 1-3)

Sekolah Rendah Tahap 2 (Tahun 4-6)

  • Johan - Hadiah bernilai RM600 + Trofi
  • Naib Johan - Hadiah bernilai RM300 + Trofi
  • Ketiga - Hadiah bernilai RM160 + Trofi
  • Keempat - Hadiah bernilai RM60
  • Kelima - Hadiah bernilai RM60
  • Saguhati (11 pemenang) - Hadiah bernilai RM60


Senarai Hadiah Kategori Sekolah Menengah

Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

  • Johan - Hadiah bernilai RM800 + Trofi
  • Naib Johan - Hadiah bernilai RM450 + Trofi
  • Ketiga - Hadiah bernilai RM280 + Trofi
  • Keempat - Hadiah bernilai RM80
  • Kelima - Hadiah bernilai RM80
  • Saguhati (11 pemenang) - Hadiah bernilai RM80


Senarai Hadiah Kategori Pendidikan Khas

 Sekolah Pendidikan Khas Rendah

  • Johan - Hadiah bernilai RM600 + Trofi
  • Naib Johan - Hadiah bernilaiRM300 + Trofi
  • Ketiga - Hadiah bernilai RM160 + Trofi

Sekolah Pendidikan Khas Menengah

  • Johan - Hadiah bernilai RM800 + Trofi
  • Naib Johan - Hadiah bernilai RM450 + Trofi
  • Ketiga - Hadiah bernilai RM280 + Trofi




*semua hadiah tertakluk kepada perubahan

Copyright © 2026 Minecraft Education CHALLENGE - All Rights Reserved.

Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept

Menangi LEGO MINECRAFT dengan Sunglo Squeeze!


Minecraft Education Challenge 2026 dengan bangganya disokong oleh Malaysian Yoghurt Company melalui produk Sunglo Squeeze, mempromosikan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam kalangan pelajar.


Sertailah Sunglo Squeeze Digital Reflection Challenge untuk mengisi soal selidik ringkas selepas mencuba yoghurt Sunglo Squeeze bagi peluang memenangi set LEGO Minecraft !

Maklumat Lanjut