For English version, kindly use the translation tool in your web browser.
Sila muat turun disini: Download | Minecraft Education Edition
Sila rujuk kepada menu "Video Tutorial Minecraft" di dalam laman web ini.
Tiada templat dunia Minecraft akan diberi untuk tahun ini. Murid perlu menyediakan ciptaan dunia Minecraft dengan menggunakan dunia Flat World (Block of Grass) berdasarkan tema tahun ini melalui Minecraft Education.
Masalah ini adalah kerana ID DELIMa anda tidak sync ke Microsoft. Masalah ini kebanyakan berlaku di kalangan murid Darjah 1, Tingkatan 1 atau guru yang baru. Masalah teknikal ini kini tidak dapat diatasi dan murid dinasihati untuk mengguna ID DELIMa guru / sekolah untuk menghasilkan projek Minecraft.
Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali dengan Sustainable Development Goals (SDG) adalah agenda yang dibawa semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak awal 2015. Terdapat 17 matlamat yang telah ditetapkan demi mencapai resolusi bersama "Mengubah Dunia Kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan".
Peserta MEC 2025 perlu menerapkan SDGs di dalam projek dan ciptaan dunia Minecraft.
Sumber maklumat tentang SDG: https://www.un.org/en/exhibits/page/sdgs-17-goals-transform-world
Tiada penetapan bilangan SDG yang perlu digunakan. Namun peserta yang menggunakan lebih banyak SDG berpotensi mendapat lebih markah. Penggunaan SDG perlu bersesuaian dan dihuraikan dalam video penerangan dan laporan akhir.
ID DELIMa murid adalah ID emel yang diperuntukkan kepada setiap murid di bawah sekolah KPM dalam format xxx@moe-dl.edu.my.
Tiada penetapan atas ID yang dibenarkan untuk digunakan bagi penghasilan projek Minecraft dalam Minecraft Education Challenge Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan asalkan projek dihasilkan dengan versi Minecraft Education.
Murid boleh membeli lesen melalui guru sekolah / ibu bapa dari pihak Microsoft Global Training Partner (GTP) menerusi pautan Pembelian Lesen Minecraft.
ID DELIMa murid dan password diperlukan untuk log masuk ke dalam borang pembelian lesen. Sila PASTIKAN anda boleh log masuk ke Minecraft Education dengan ID DELIMa anda SEBELUM pembelian lesen.
Harga lesen adalah RM24.84 (RM23 + 8% SST) setahun untuk satu emel ID.
Tidak, pembelian lesen Minecraft Education menerusi Microsoft Global Training Partner (GTP) untuk pertandingan ini hanya boleh diperuntukkan kepada ID DELIMa murid (xxx@moe-dl.edu.my).
Pembelian lesen untuk murid sekolah bukan KPM boleh diperuntukkan kepada emel sekolah murid jika sekolah mempunyai akaun Microsoft 365 Education. Proses peruntukkan lesen ini perlukan bantuan teknikal daripada pihak sekolah. Jadi murid dari sekolah bukan KPM yang ingin membeli lesen Minecraft Education perlu mendapatkan persetujuan dari pihak sekolah sebelum hubungi GTP untuk pembelian lesen.
Aplikasi Minecraft Education adalah berasaskan peranti (device-based) dan projek akan disimpan dalam peranti sahaja.
Sekiranya murid ingin menyambung projek di rumah, sila rujuk kepada video tutorial 7 untuk cara untuk menyimpan, mengeksport dan menyalin hasil kerja dalam Minecraft.
Templat laporan akhir Minecraft Education Challenge Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan boleh didapati di bahagian "Panduan dan Cara Penghantaran". Sila masuk ke landing page untuk Kategori Sekolah anda untuk masuk ke bahagian "Panduan dan Cara Penghantaran".
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.