For English version, kindly use the translation tool in your web browser.

Minecraft Education Challenge 2025
Minecraft Education Challenge 2025
  • MEC 2026
  • Jadual Sesi
  • Pembelian Lesen Minecraft
  • Bantuan
    • Soalan Lazim
    • Video Tutorial Minecraft
    • Surat Rasmi Pertandingan
  • MEC (Archived)
    • MEC 2025
    • MEC 2024
    • MEC 2023

Borang Penyertaan 2026 - KATEGORI SEKOLAH KPM

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN (Kategori Sekolah KPM)

*Syarat pertandingan mungkin berbeza mengikut kategori sekolah. Sila pastikan kategori anda.


  1. Minecraft Education Challenge Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah KPM warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun.
  2. Tema Minecraft Education Challenge Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan ialah Visit Malaysia 2026: Explore Malaysia States, Sustain Our Future.
  3. Murid perlu menyediakan ciptaan dunia Minecraft dengan menggunakan dunia Block of Grass berdasarkan tema pertandingan dengan menggunakan edisi Minecraft Education sahaja. Selain daripada versi Minecraft Education, penyertaan tidak akan diterima. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Portal DELIMa atau di laman web https:/education.minecraft.net/get-started/ 
  4. Murid hanya boleh pilih satu (1) negeri di Malaysia sebagai topik dan mempamerkan negeri tersebut, dengan berkongsi budaya, tarikan pelancongan dan cara hidup tempatan, sambil menambah kreativiti serta idea sendiri tentang bagaimana negeri tersebut boleh dipelihara dan dilestarikan untuk masa depan melalui penerapan elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Tiada penetapan bilangan SDGs (Sustainable Development Goals) yang perlu digunakan. 
  5. Peserta dikehendaki menyertai semua bengkel dalam talian mengikut kategori yang disediakan oleh pihak penganjur. Maklumat bengkel dalam talian ini telah dihebahkan melalui surat rasmi dan boleh dijumpai di laman rasmi MEC: https://mcedumy.com/jadual-sesi
  6. Murid WAJIB menggunakan ID DELIMa murid (contoh: m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my) untuk mengisi borang penyertaan pertandingan.  
  7. Murid dikehendaki  menyediakan video penerangan projek menggunakan BAHASA MELAYU atau BAHASA INGGERIS (pilih salah satu medium Bahasa sahaja.)  
  8. Video penerangan projek dan laporan hendaklah menggunakan salah satu bahasa yang telah dipilih sahaja. 
  9. Durasi video penerangan tidak melebihi 3 minit dalam FORMAT MP4 SAHAJA dan muat naik video tersebut di dalam Google Drive. Video boleh dihasilkan menggunakan apa-apa perisian pengeditan video sebelum dimuat naik ke Google Drive. 
  10. Murid wajib muat turun templat Laporan Akhir yang diberikan dalam bahagian Panduan Penghantaran dan menjawab semua soalan dalam templat laporan akhir dan simpan laporan akhir dalam bentuk PDF. 
  11. Murid perlu masukkan fail video penerangan (MP4) dan fail laporan akhir (pdf) di dalam satu folder yang sama di dalam Google Drive ID DELIMa murid / guru . Kongsikan pautan folder di dalam borang penyertaan. Sila pastikan pautan folder dikongsikan dengan tetapan “anyone with the link” beserta peranan  “viewer”. 
  12. Seorang murid hanya  dibenarkan untuk menghantar SATU  (1) penyertaan sahaja.  Seorang guru daripada sekolah yang sama boleh menjadi guru pembimbing kepada lebih daripada seorang murid.
  13. Tempoh penyerahan pertandingan adalah sehingga 1 Mei 2026 (Jumaat), pukul 11.59 malam.
  14. Kegagalan peserta menepati terma & syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan ditolak secara automatik.
  15. Jika terdapat sebarang persoalan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Sumber &      Teknologi Pendidikan (BSTP) - KPM iaitu Rabbiatul Najua binti Rosman menerusi emel: rabbiatul_najua@moe.gov.my  atau melalui telegram group Minecraft Kebangsaan.
  16. Peserta yang BERJAYA SAHAJA yang akan dihubungi.
  17. Keputusan panel penilaian adalah MUKTAMAD.

Tarikh Tutup Pertandingan:

1 Mei 2026 (Jumaat),  pukul 11.59pm

Murid wajib membaca panduan penghantaran untuk memahami process bagi menyediakan bahan yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam Minecraft Education Challenge.


Borang Penyertaan hanya perlu diisikan selepas murid menyiapkan video penerangan dan laporan akhir.

Berikut adalah borang untuk kategori Sekolah KPM sahaja.
Borang Penyertaan Kategori Sekolah KPM

Copyright © 2026 Minecraft Education CHALLENGE - All Rights Reserved.

Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept

Menangi LEGO MINECRAFT dengan Sunglo Squeeze!


Minecraft Education Challenge 2026 dengan bangganya disokong oleh Malaysian Yoghurt Company melalui produk Sunglo Squeeze, mempromosikan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam kalangan pelajar.


Sertailah Sunglo Squeeze Digital Reflection Challenge untuk mengisi soal selidik ringkas selepas mencuba yoghurt Sunglo Squeeze bagi peluang memenangi set LEGO Minecraft !

Maklumat Lanjut