For English version, kindly use the translation tool in your web browser.
For English version, kindly use the translation tool in your web browser.
Langkah Pertama
Sediakan ciptaan dunia Minecraft dengan menggunakan dunia Block of Grass anda berdasarkan tema tahun ini melalui Minecraft Education sahaja.
Langkah Kedua
Hasilkan video penerangan yang tidak melebihi 3 minit. Apabila siap, muat naik video (dalam format mp4 sahaja) ke dalam Onedrive atau Google Drive.
Langkah Ketiga
Muat turun templat Laporan Akhir (Final Report) dan menjawab semua soalan dalam laporan tersebut. Simpankan laporan akhir dalam bentuk PDF.
Dapatkan Templat Laporan Akhir (Final Report) di sini
Muat naik laporan akhir ke dalam Onedrive atau Google Drive.
Langkah Keempat
Dalam aplikasi Onedrive atau Google Drive, masukkan fail video penerangan (dalam langkah kedua) dan fail laporan akhir (dalam langkah ketiga) ke dalam satu folder, kemudian kongsikan pautan folder dengan tetapan “anyone with the link”. Pastikan pautan tersebut tidak ditetapkan dengan tarikh luput. Pautan ini diperlukan semasa mengisi borang penyertaan nanti.
Video dan Laporan Akhir yang tidak menepati tetapan seperti yang dinyatakan AKAN DIBATALKAN. Mohon bantuan guru pembimbing/ibu bapa untuk menyemak projek sebelum penghantaran dibuat.
Langkah Akhir
Isikan borang penyertaan mengikut kategori anda. Pastikan borang dan kategori yang dipilih adalah tepat. Anda akan diminta untuk mengisi pautan folder Onedrive atau Google Drive (dalam langkah keempat). Borang yang lengkap kemudian boleh dihantar dengan menekan butang "Submit".
Penyertaan tanpa Video atau Laporan Akhir TIDAK AKAN DITERIMA DAN AKAN DIBATALKAN.
Muat turun templat laporan berdasarkan bahasa pilihan anda, jawab semua soalan dalam laporan dan simpan dalam bentuk PDF.
Templat berikut adalah untuk kategori Sekolah bukan KPM sahaja.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MINECRAFT EDUCATION CHALLENGE TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN (Kategori Sekolah Bukan KPM)
7 Mei 2026 (Khamis), pukul 11.59pm

Kategori Sekolah Rendah
Kategori Sekolah Menengah
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.
.png/:/cr=t:9.6%25,l:0%25,w:100%25,h:80.81%25/rs=w:515,h:234,cg:true)
Menangi LEGO MINECRAFT dengan Sunglo Squeeze!
Minecraft Education Challenge 2026 dengan bangganya disokong oleh Malaysian Yoghurt Company melalui produk Sunglo Squeeze, mempromosikan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam kalangan pelajar.
Sertailah Sunglo Squeeze Digital Reflection Challenge untuk mengisi soal selidik ringkas selepas mencuba yoghurt Sunglo Squeeze bagi peluang memenangi set LEGO Minecraft !